Doa dan Harapan...

Di dalam surah Al-Baqarah, ayat 186, Allah telah berfirman,

 “..Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. ”

Firman Allah lagi di dalam surah Ghafir ayat 60,

“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”

Kedua-dua ayat ini menunjukkan Allah menyuruh semua umat Islam berdoa kepadaNya, seterusnya beriman dengan mematuhi perintahNya. Mereka yang tidak memohon sesuatu daripada Allah dikategorikan sebagai orang yang sombong dan takbur.

Menurut An-Nu’man Bin Basyir, Rasulullah pernah berkata ,
“Doa itu termasuk ibadah,” lalu beliau membaca ayat 60 dari surah Ghafir seperti di atas.Di dalam riwayat lain, Rasulullah telah bersabda, “Tiada sesuatu pun yang lebih mulia di sisi Allah Azza wa Jalla selain daripada doa.”


Adakah manusia tetap akan dapat mencapai segala yang dicita-citakannya? (Tidak!). An-najm ayat 24
Maksudnya, tidak semua harapan kita terpenuhi. Yang pasti terpenuhi adalah doa kita.

 "Berdoalah kepada-Ku, niscaya kuperkenankan bagimu”

Kita tidak tahu bila doa kita akan DIA kabulkan..mungkin di dunia dan mungkin jua di akhirat nanti baru akan dipenuhi..hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.

Sesuatu yang kita impikan tidak selalu menjadi kenyataan tetapi apa yang tak diduga seringkali berlaku dengan tiba-tiba.Biarlah menangis hari ini kerana kesakitan semalam tapi usah kita ketawa memanjang kerana kemenangan itu belum pasti untuk selamanya

Kegagalan bukanlah mengajar erti kekalahan tetapi mengingatkan tentang kemenangan yang masih tertunda.Mungkin hari ini kita kuat dan selesa tapi tidak mustahil esok kita rebah tak berdaya..Ingatlah wahai kawan-kawanku,hidup kita dan mati kita adalah kerana ALLAH.
Kuatkanlah hati dalam menghadapi dugaan hidup kerana ALLAH tidak janji bahawa hidup ini senang tapi ALLAH janji yang DIA akan bersama hamba-hambanya walau di mana kita berada..



0 Responses