Sejak akhir-akhir ni rajin pulak saya memerhati ragam orang tapi saya bukan "stalker" :P
kadang2 dapat hilangkan stress bila tengok ragam orang ni.
Oh yer,hari tu dapat aduan lagi pasal seorang budak ni..
"budak nie" sangatlah "BAIK" di depan semua orang. Tetapi di belakang semua orang dia jadi duri dalam daging (betul ke peribahasa ni:-?) :P ataupun bole dikenali sebagai talam dua muka (ok,ni confirm peribahasa yang betul huhu..)
Dah dekat habis sem ni pun dia nak buat hal lagi..orang macam nie sangat bahaya..if orang percaya kan dia,kesannya bukan dekat dia tetapi dekat orang yang percayakan semua fitnah2 dia..
Saya percaya yang setiap kejahatan itu akan terbongkar juga x kira la cepat atau lambat.Saya nak berpesan kat kawan-kawan dan termasuklah saya sendiri,jangan mudah percaya apa yang disebarkan..cubalah untuk bertanya terlebih dahulu ataupun tanya orang lain..kita xrugi apa2 bila bertanya daripada kita percaya cakap orang2 yang suka mengadu domba ni.Benda2 macam ni la buat kita jadi berpecah and bergaduh sesama sendiri.
Semoga dia akan sedar dan insaf atas segala yang dilakukan.
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Dua orang (yang berada dalam kubur ini) disiksa, tapi bukan disiksa kerana melakukan dosa besar.”
Baginda Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Ya, salah seorang daripada keduanya itu tidak bersuci dengan bersih setelah berkencing, sementara yang satu pula berjalan (di kalangan manusia) dengan mengadu domba”.
(Hadis riwayat al-Bukhari)
This entry was posted
on 11:36 PG
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
.



0 ulasan