buat tatapan sahabat...

Buat sahabatku,

Biarla orang hendak mengata apa2 pun..ALLAH sedang menguji keimananmu.jangan mudah goyah dan hilang arah.yang penting jangan putus asa dalam kehidupanmu

Surah Yusuf ayat 87

“Dan jgn kamu berputus asa dari rahmat ALLAH”

Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat ALLAH

Saya bangga dengan awak sebab apa pun yang orang katakan pasal awak,awak mampu lagi berdiam diri.saya sentiasa di sisi awak.Sebagai pendorong,awak hayatilah hadis2 ini.

stand tough sahabat!!


Hadis-hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:


  • "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".(Riwayat ABU NAIM)
  • "Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam".(Riwayat BUKHARI & MUSLIM)
  • "Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya".(Riwayat AT-TARMIZI)

Madah dari hukama;

  • BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.
  • MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
  • KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.





0 Responses